Pengoptimuman enjin gelintar (
SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari
enjin gelintar ke sesuatu
laman sesawang melalui
hasil gelintaran "semula jadi" ("organik" atau "
algoritma"). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil gelintaran atau lebih tinggi "tempat"-nya, lebih banyak gelintar yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis gelintaran, termasuk
gelintaran imej,
gelintaran setempat, dan
gelintaran menegak khusus industri.Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna. Oleh itu, enjin carian menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada website yang mereka jumpa. Website yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian. SEO adalah proses untuk menaikkan “markah” website & memberitahu enjin carian tentang website tersebut.
[1]Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana
algoritma gelintaran berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang
atur cara pengindeksan enjin gelintar daripada
melelabahkan sepenuhnya sesuatu tapak. Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan
kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh
robot enjin gelintar, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO
Black Hat atau
pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti
ladang pautan dan
penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin gelintar. Justera, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.
Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri. Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagan kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan
kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan
reka bentuk laman sesawang. Istilah "ramah enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk,
menu,
sistem pengurusan kandungan dan
kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah.